WASHINGTON: Seorang maut manakala beberapa yang lain cedera dalam satu insiden membabitkan permainan roller coaster di taman tema Six Flags Over Georgia di Amerika Syarikat (AS), menurut pihak berkuasa.
Pengerusi Daerah Cobb, Lisa Cupid berkata, detektif daripada unit jenayah berat daerah itu sedang menyiasat kejadian berkenaan.
“Satu tragedi dahsyat berlaku hari ini di Six Flags Over Georgia. Saya tidak dapat membayangkan insiden ngeri yang disaksikan pengunjung serta kakitangan hari ini dan saya turut bersedih untuk keluarga yang kehilangan insan tersayang,” katanya dalam satu kenyataan.
Pihak berkuasa tidak menyatakan permainan yang terbabit dalam kejadian di Georgia itu, namun media tempatan mengenal pasti permainan berkenaan sebagai roller coaster Goliath.







%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F02%2F101f2f46828676a44d47cb8b70ff3060.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

