KUALA LUMPUR: Pelantikan jurulatih luar negara dilihat langkah tepat buat Harimau Malaya sekiranya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mahu meletakkan sasaran lebih tinggi daripada sekadar bersaing di peringkat ASEAN.
Pemerhati bola sepak, Datuk Dr Pekan Ramli, berkata kepakaran, disiplin dan pendekatan latihan berintensiti tinggi yang dibawa jurulatih asing mampu membantu meningkatkan tahap permainan skuad kebangsaan untuk menghadapi cabaran lebih besar di pentas Asia.
Beliau berkata, jurulatih luar lazimnya turut membawa pengetahuan sains sukan serta corak permainan lebih fizikal dan agresif, selain berpeluang bekerja dengan autonomi lebih luas dalam membentuk pasukan mengikut perancangan mereka.









