am@hmetro.com.my

Tamparuli: Dua pelancong wanita berdepan detik cemas apabila kenderaan mereka naiki dihanyutkan arus deras ketika cuba menyeberang jambatan low level crossing Tamparuli, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, dua mangsa terbabit yang menaiki Perodua Bezza, dalam perjalanan pulang ke Kota Kinabalu selepas selesai melakukan pendakian Gunung Kinabalu.

Beberapa saksi berkata, pemandu terbabit yang tidak mahir dengan laluan berkenaan hanya bergantung sepenuhnya kepada aplikasi navigasi ketika cuaca buruk, paras air yang kian meningkat dan keadaan semakin gelap sehingga menyebabkan kenderaan itu terapung.

Difahamkan, dua wanita terbabit bernasib baik, apabila orang awam bertindak pantas dengan menarik keluar mangsa itu ke tempat selamat.