Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Syed Ibrahim Syed Noh berkata kerajaan turut melaksanakan 11 siri operasi pembenihan awan dari 30 Ogos hingga 15 Okt dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara.KUALA LUMPUR: Jerebu rentas sempadan yang menjejaskan kualiti udara negara sejak 8 Ogos lepas dijangka beransur-ansur berkurangan dalam tempoh dua minggu susulan perubahan corak pergerakan angin.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Syed Ibrahim Syed Noh, berkata Malaysia kini berada dalam fasa peralihan monsun sejak 9 Okt, sebelum monsun timur laut dijangka bermula pada penghujung Oktober.
“Walau bagaimanapun, saya ingin menegaskan bahawa perubahan keadaan cuaca semata-mata bukanlah penyelesaian jangka panjang terhadap isu jerebu. Mungkin akan berulang lagi.







