Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Johor 2026 yang yang diadakan di Politeknik Premier Port Dickson, baru -baru ini menyaksikan kesungguhan graduan mengejar ilmu meski pun terpaksa berdepan banyak cabaran tanpa mengira status kemampuan dan situasi diri seperti yang dialami pasangan kembar dan juga seorang ibu mengandung.
Bagi pasangan kembar graduan Kolej Komuniti Segamat Ahmad Arif dan Afif, meski pun tanpa sebarang asas dalam Animasi 2D, kedua-dua mereka membuktikan kesungguhan mampu mengubah ‘zero’ menjadi ‘hero’.
Kedua-duanya yang dianugerahkan sebagai penerima Anugerah Pengarah Sijil Teknologi Maklumat mengakui perlu berusaha lebih gigih dengan memperuntukkan kira-kira tiga jam sehari untuk mengulang kaji pelajaran.








