KUALA LUMPUR: Klip video pengacara MeleTOP, Hawa Rizwana, yang mencetuskan kecaman selepas didakwa tidak mengendahkan anak perempuan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar, ketika program itu bersiaran malam tadi, didakwa disunting sehingga tidak menggambarkan keseluruhan situasi sebenar.

Susulan kontroversi itu, Rocketfuel Entertainment tampil memberikan penjelasan menerusi platform Threads, memaklumkan pihaknya mengambil maklum reaksi netizen terhadap klip berkenaan, selain berkongsi rakaman penuh kejadian untuk memberikan gambaran lebih menyeluruh.

Dalam hantaran sama, syarikat pengurusan itu menjelaskan video yang dikongsi sebelum ini tidak memaparkan keseluruhan situasi ketika program berkenaan berlangsung.