Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata KKM akan mencadangkan penyerapan pegawai farmasi kontrak ke jawatan tetap, tertakluk kepada kelulusan Kementerian Kewangan dan Jemaah Menteri. (Gambar AFP) PETALING JAYA: Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) menetapkan kuota, proses pemilihan dan tempoh masa yang jelas bagi menyerap pegawai farmasi kontrak ke jawatan tetap.

Gesaan itu dibuat selepas Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata kementerian akan mengemukakan cadangan penyerapan pegawai farmasi kontrak ke jawatan tetap untuk dipertimbangkan Kementerian Kewangan dan Jemaah Menteri.

Persatuan itu secara khusus meminta penjelasan mengenai jumlah jawatan yang akan dicadangkan, tempoh kelulusan serta kumpulan pegawai farmasi kontrak yang layak dipertimbangkan.