KUALA LUMPUR: Indeks Bursa Malaysia meneruskan kenaikan untuk hari keempat berturut-turut apabila ditutup tinggi pada Rabu, didorong aktiviti pembelian saham ketika harga rendah dalam saham wajaran tinggi sektor perbankan, dengan pasaran kekal dalam wilayah positif sepanjang sesi dagangan.
Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) meningkat 4.37 mata atau 0.26 peratus kepada 1,627.72 berbanding 1,623.35 semasa ditutup pada Selasa.
Indeks petunjuk pasaran itu yang dibuka menokok 0.59 mata kepada 1,623.94, mencatat paras terendah harian pada tahap itu sebelum mencapai paras tertinggi 1,628.01.
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 541 berbanding 532 manakala 566 kaunter tidak berubah, 1,216 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung dagangan.









