sukan@hmetro.com.my

Nagoya: Pemain skuasy lelaki negara, Ng Eain Yow melunaskan misinya yang tertangguh apabila membantu Malaysia merangkul pingat emas berpasukan lelaki pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, sekali gus menebus kekecewaan selepas gagal menyumbang mata ketika pasukan terkandas di separuh akhir edisi 2022 di Hangzhou.

Ketika itu, Malaysia tewas 0-2 kepada India selepas Addeen Idrakie gagal mengatasi Abhay Singh sebelum Eain Yow turut akur kepada Saurav Ghosal, sekali gus menamatkan harapan negara untuk mara ke final dan memburu emas berpasukan.

Kekecewaan itu lebih dirasai selepas Eain Yow muncul juara perseorangan lelaki pada edisi berkenaan, namun gagal mengulangi kejayaan membantu pasukan seperti dilakukannya ketika penampilan sulung pada 2018 di Jakarta-Palembang.