am@hmetro.com.my
Dungun: Penolong pegawai perubatan ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus ketika mandi bersama tujuh rakannya di kawasan Air Terjun Chemerong, Hulu Dungun, di sini, pagi hari ini.
Mohd Ikmal Awid, 25, yang bertugas di Hospital Kemaman ditemukan lemas pada 11.45 pagi.
Mangsa dikatakan pergi ke kawasan air terjun itu bersama tujuh rakan sebelum mandi pada 11.30 pagi.
Ketika mandi, mangsa secara tiba-tiba dihanyutkan arus ke kawasan air yang dalam sebelum gagal menyelamatkan diri dan tenggelam.






