KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia memulakan dagangan Khamis dengan lebih rendah, menjejaki kerugian dicatatkan oleh Wall Street ketika sentimen pasaran kekal tidak menentu susulan pengumuman data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi daripada jangkaan.

Perkembangan terkini itu menyemarakkan lagi jangkaan kemungkinan Rizab Persekutuan AS (Fed) bertindak mengetatkan lagi dasar monetari selanjutnya, sekali gus boleh menjejaskan minat risiko di rantau ini.

Pada 9.15 pagi, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) turun sebanyak 10.22 mata atau 0.63 peratus kepada 1,617.50 mata berbanding paras penutup semalam pada 1,627.72 mata.

Indeks penanda aras itu dibuka susut 2.62 mata pada 1,625.10 mata.