Georgetown: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menyiasat isu pembabitan pekerja Islam dalam aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) kerja pembersihan di Kuil Sri Kamatchi Amman, di sini, baru-baru ini.

JHEAIPP memaklumkan pihaknya turut memandang serius isu berkenaan.

"Bahagian Penguatkuasaan JHEAIPP bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mengadakan sesi perbincangan dan libat urus dengan pihak pengurusan hotel, (semalam) bagi mendapatkan penjelasan mengenai pelaksanaan program, bentuk pembabitan pekerja Islam, arahan kerja serta aspek sensitiviti agama.

"Pihak hotel memberikan kerjasama yang baik sepanjang sesi itu. Berdasarkan maklumat yang diperolehi JHEAIPP, aktiviti itu membabitkan seramai 20 orang kakitangan.