Aaron Ago Dagang berkata cadangan penggubalan undang-undang berkaitan usaha menyelaraskan definisi "jenayah 3R" telah dibahas sejak 2015. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Kerajaan kekal berpendirian tiada keperluan menggubal undang-undang baharu khusus bagi menangani isu 3R (kaum, agama dan raja) kerana kerangka perundangan sedia ada memadai.
Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang berkata peruntukan bawah Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sudah mencukupi untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.
"Sehubungan itu, kerajaan tidak melihat keperluan untuk mewujudkan satu undang-undang baharu yang khusus bagi isu 3R pada masa kini.







%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F09%2F657496f7b5a59eb90a9bdb615aa5acea.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)