Alor Setar: Atlet berbasikal bukit (MTB) Kedah, Phi Kun Pan mencipta sejarah peribadi apabila berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia Basikal Bukit Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) 2027 di Perancis pada Ogos tahun depan.
Kejayaan meraih 'Golden Ticket' itu disahkan selepas pelumba berusia 23 tahun berkenaan mempamerkan aksi cemerlang dalam acara Cross-Country Olympic (XCO) di Guiyang, China, baru-baru ini, sekali gus mengumpul mata merit yang mencukupi untuk melayakkan diri ke kejohanan berprestij berkenaan.
Phi Kun Pan berkata, kejayaan itu membangkitkan keterujaan dan menjadi pembakar semangat untuknya meningkatkan intensiti latihan sebagai persiapan menghadapi cabaran di pentas dunia.
"Perasaan saya memang sangat gembira dan kejayaan ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk berlatih bersungguh-sungguh.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F09%2F6e88477dc966fb2ebc47ff8ee1e1be8e.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
