Shah Alam: Semua institusi pendidikan bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPN Selangor) beroperasi seperti biasa esok.

JPN Selangor dalam kenyataan hari ini berkata, bagaimanapun, semua aktiviti luar adalah ditangguhkan.

"Semua murid yang hadir ke sekolah digalakkan memakai pelitup muka.

"Ibu bapa yang bimbangkan kesihatan anak-anak dibenarkan tidak menghantar anak mereka dengan memaklumkan kepada pihak sekolah," katanya.