KUALA LUMPUR: MBSB Bhd (MBSB) dan Halal Development Corporation Bhd (HDC) bekerjasama menerusi inisiatif 'Global Markets Unlocked Workshop' bagi melengkapkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta perniagaan halal yang bersedia mengeksport, dengan peralatan, rangkaian perniagaan dan maklumat yang diperlukan untuk mengembangkan perniagaan ke pasaran antarabangsa.
MBSB dalam kenyataan hari ini memaklumkan bank itu memberikan sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang bersedia untuk mengeksport menerusi platform Global Market Access Accelerator (GLOMAX) oleh Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF).
Menurutnya, platform itu dihasilkan untuk membantu perniagaan Malaysia mengenal pasti peluang pasaran, menjalin hubungan perniagaan antarabangsa dan mempercepat akses ke pasaran global.









