Paris: Brighton memulakan kempen Liga Konferens UEFA dengan kemenangan 4-0 ke atas kelab Lithuania, Kauno Zalgiris, awal pagi tadi, manakala pendahulu Ligue 1, Monaco mencatat kemenangan 2-1 di gelanggang CSKA Sofia.
Georginio Rutter membuka jaringan buat Brighton menerusi rembatan susulan hantaran tarik Ibrahim Osman ketika perlawanan di Stadium Amex menghampiri penghujung separuh masa pertama. Jaringan itu disahkan selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) mendapati pemain Ghana berkenaan berjaya mengekalkan bola daripada keluar padang.
Rutter kemudian menjadi penyumbang bantuan gol kepada Jack Hinshelwood ketika Brighton menambah jaringan sejurus sebelum tamat separuh masa pertama, sebelum pemain Perancis itu meledak gol keduanya pada minit ke-53.






