saifulaffendy@hmetro.com.my

Sepang: Max Verstappen menutup hari pertama Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sebagai pelumba terpantas walaupun pelumba Ferrari, Charles Leclerc mengungguli sesi latihan bebas kedua (FP2), hari ini.

Pelumba Red Bull Racing itu mencatat masa sepusingan terpantas 1 minit 37.520 saat (s) pada sesi latihan bebas pertama (FP1), sekali gus catatannya lebih pantas 0.008s berbanding masa Leclerc, 1:37.528s, yang direkodkan pada FP2.

Leclerc yang memacu Ferrari muncul terpantas pada FP2, diikuti rakan sepasukan Verstappen, Isack Hadjar di tempat kedua dengan ketinggalan 0.099s, manakala pelumba McLaren, Lando Norris ketiga, 0.137s di belakang pelumba Monaco itu.