Stefan Milicevic mengatur enam perlawanan, termasuk lima perlawanan disertainya, selain cuba mengatur enam lagi perlawanan antara 2022 hingga 2024. (Gambar LinkedIn)LONDON: Seorang pemain tenis Serbia digantung daripada menyertai aktiviti sukan itu selama 24 tahun kerana mendalangi rangkaian rasuah dalam kegiatan mengatur perlawanan, lapor PA Media/dpa.

Agensi Integriti Tenis Antarabangsa (Itia) memaklumkan Stefan Milicevic, 29, mengatur enam perlawanan, termasuk lima perlawanan disertainya, selain cuba mengatur enam lagi perlawanan antara 2022 hingga 2024.

Menurutnya, Milicevic turut didakwa merekrut atau cuba merekrut beberapa pemain profesional menyertai rangkaian rasuah itu dalam tempoh sama, sehingga menyebabkan beberapa pemain lain turut mengatur perlawanan.