Adun Kijal Razali Idris melepaskan jawatan ketua Bersatu Terengganu pada Ogos.PETALING JAYA: Adun Kijal Razali Idris daripada Bersatu akan melepaskan jawatan exco jika menteri besar Terengganu memintanya berbuat demikian susulan gesaan pemimpin Parti Wawasan Negara.
Razali berkata, beliau pernah menyatakan perkara itu sebelum ini, berlatarkan perselisihan antara Bersatu dan PAS.
"Saya sudah nyatakan bahawa perkhidmatan saya diteruskan selagi diperlukan dan saya akur jika diminta oleh menteri besar untuk melepaskan jawatan," katanya kepada FMT.
Razali memegang portfolio pelancongan, kebudayaan, alam sekitar dan perubahan iklim.







