Johor Bahru: Skuad remaja kebangsaan layak ke final selepas membenam Pakistan 3-2 dalam aksi penuh debaran pada Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 tahun Piala Sultan Johor (SOJC) edisi ke-14 di Stadium Hoki Johor, Taman Daya, malam ini.
Kemenangan itu membolehkan skuad kendalian Nor Saiful Zaini Nasiruddin melonjak ke tangga teratas kumpulan dan memintas Pakistan yang berada di tangga kedua.
Malah, pada aksi terakhir Young Tigers berdepan Kanada, Jumaat ini perlu mengekalkan kemenangan bagi menamatkan saingan tanpa kalah.
Walaupun skuad negara mengasak lebih awal, Pakistan beroleh peluang keemasan berada di depan apabila dihadiahkan penalti stroke pada minit ke-11.









