Vivy Yusof dan Fadzarudin Shah Anuar didakwa pada 5 Dis 2024 atas pertuduhan pecah amanah jenayah membabitkan dana pelaburan Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd ketika mereka menjadi pengarah Fashion Valet Sdn Bhd. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu Fashion Valet Sdn Bhd menerima hampir RM40 juta pelaburan daripada Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) pada 2018.

Pengurus Public Bank Tay Lay Hong, 54, memberi keterangan bahawa Fashion Valet menerima RM7.848 juta dan RM11.742 juta daripada Khazanah, masing-masing pada 23 dan 26 Mac.

Menurut Tay, syarikat itu turut menerima RM11.9535 juta daripada PNB pada 4 Jun dan RM8.364 juta lagi pada 20 Dis tahun sama.