KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini diberitahu sebanyak empat transaksi kemasukan wang pelaburan hampir RM40 juta ke dalam akaun bank Syarikat Fashion Valet Sdn. Bhd. (FV) daripada Khazanah Nasional Berhad (Khazanah Nasional) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) pada lapan tahun lalu.
Pengurus Perkhidmatan Perbankan Public Bank Tay Lay Hong, 54, berkata keempat-empat transaksi itu masing-masing pada tarikh 23 Mac, 26 Mac, 4 Jun dan 20 Disember pada 2018.
Daripada pecahan empat transaksi itu, saksi itu menghuraikan semakan penyata akaun syarikat mendapati Khazanah Nasional memindahkan RM7.84 juta pada 23 Mac, RM11.74 juta pada 26 Mac sementara PNB merekodkan pemindahan RM11.95 juta pada 4 Jun dan RM8.36 juta pada 20 Disember.









