Fahmi Fadzil berkata Noraini Ahmad memberi taklimat kepada Jemaah Menteri mengenai hasil penelitian kementeriannya berhubung kebakaran di Indonesia. (Gambar EPA Images)PETALING JAYA: Kebanyakan kebakaran dikesan di Indonesia berlaku di luar kawasan ladang kelapa sawit milik syarikat Malaysia, berdasarkan semakan dengan syarikat berkenaan, kata jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil.
Fahmi yang juga menteri komunikasi berkata Menteri Perladangan dan Komoditi Noraini Ahmad hari ini memberi taklimat kepada Jemaah Menteri mengenai hasil penelitian kementeriannya berhubung perkara itu.
Bagaimanapun, katanya, sebuah ladang milik Genting Plantations Bhd terjejas selepas kebakaran dari luar kawasan merebak ke ladang berkenaan, namun api berjaya dipadamkan.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Ffahmi1d_707597.png&w=480&output=webp&q=85&we)
