PETALING JAYA: Masalah tulang belakang yang menyebabkan kesakitan berpanjangan, pergerakan terbatas dan perubahan postur badan boleh menjejaskan kualiti hidup sekiranya tidak ditangani dengan sewajarnya.
Keadaan itu bukan sahaja membataskan aktiviti fizikal, malah berpotensi mengganggu waktu tidur, tumpuan ketika bekerja serta kemampuan seseorang menguruskan tanggungjawab harian bersama keluarga.
Pengasas MMW Bone Alignment Centre, Prof Max Wong berkata, penentuan punca sebenar sesuatu masalah penting bagi memastikan individu menerima penjagaan bersesuaian dengan keadaan masing-masing.
Menurutnya, simptom yang hampir sama boleh berpunca daripada masalah berbeza, justeru pendekatan penjagaan tidak seharusnya disamaratakan kepada semua individu.









