Nottingham: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta percaya kekuatan skuad yang memiliki ramai pemain berkualiti mampu menjadi faktor penentu dalam usaha mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas Noni Madueke muncul wira kemenangan 1-0 ke atas Nottingham Forest, pagi tadi.
Skuad kendalian Arteta itu jauh daripada prestasi terbaik di City Ground apabila gagal melakukan sebarang percubaan tepat ke sasaran sehingga Madueke meledak gol kemenangan 10 minit sebelum tamat perlawanan.
Walaupun Arsenal tidak mempamerkan aksi menarik di East Midlands, keputusan itu sudah memadai buat The Gunners apabila mereka kini merapatkan jurang kepada tiga mata di belakang pendahulu, Manchester City.
Arteta memiliki antara barisan pemain simpanan paling berkualiti dalam EPL dan beliau memanfaatkan sepenuhnya pilihan yang ada untuk mengubah rentak permainan di tebing Sungai Trent.






