Ahli ekonomi berkata subsidi pengangkutan membantu mengurangkan kos bekalan barangan asas, tetapi penjimatan itu perlu sampai kepada pengguna. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Subsidi logistik penting bagi memastikan barangan asas kekal mampu dibeli penduduk pedalaman Sabah dan Sarawak yang berdepan kos pengangkutan dan pengedaran tinggi, kata ahli ekonomi.
Ahli ekonomi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah Firdausi Suffian berkata cabaran geografi serta jaringan pengangkutan yang terhad menyebabkan penghantaran barangan ke kawasan pedalaman lebih sukar dan mahal.
“Apabila kita membawa masuk barangan dari Semenanjung, ada kos perkapalan, pengendalian dan pengangkutan, ditambah pula kos logistik untuk menghantarnya ke pedalaman.





