BERASA sihat, aktif dan tidak mengalami sebarang simptom bukan jaminan individu itu bebas daripada risiko penyakit jantung.
Ia terutama apabila faktor seperti kolesterol jahat (LDL) tinggi, tekanan darah tinggi dan diabetes tidak pernah diperiksa atau dikawal.
Pakar Perunding Kardiologi, Pusat Perubatan Sunway, Sunway City KL, Dr Lim Bee Chian, berkata penyakit kardiovaskular sering digelar sebagai 'silent killer' kerana banyak faktor risikonya tidak menunjukkan sebarang gejala sehingga berlaku komplikasi serius seperti serangan jantung atau strok.
Menurutnya, penyakit jantung kekal sebagai antara punca utama kematian di Malaysia sejak dua dekad lalu.








