KUALA LUMPUR: Ibu bapa Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, 34, iaitu Syed Abdul Rahman Syed Abdullah Alsagoff dan Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz Aljufri menitip pesan buat anak dan menantu mereka agar sentiasa sefahaman dan menjadikan agama sebagai panduan.
Sharifah Mahani dalam ucapan istimewa dan penuh makna menyifatkan anak bongsunya adalah seorang yang suka berdebat.
"Buat anak-anak kesayangan mama, Saddiq dan Bella. Apa yang mama dan abuya dapat katakan, perkahwinan ini bukan sahaja percintaan antara dua orang, tetapi tanggungjawab yang perlu dipikul dan dilaksanakan.
"Ingat Saddiq, Bella, jadikan juga agama sebagai pedoman dan panduan dalam kehidupan. Penting, amat penting sekali, termasuk kasih sayang perlu sama rata.









