Radzi Jidin berkata negara memerlukan sistem asas percukaian yang jelas dan telus serta boleh dikekalkan walaupun kerajaan bertukar.KUALA LUMPUR: Semua parti politik perlu duduk bersama bagi menentukan sistem asas percukaian terbaik untuk negara supaya dasar itu tidak berubah setiap kali berlaku pertukaran kerajaan, kata Radzi Jidin (PN-Putrajaya).
Beliau berkata ketidaktentuan antara pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST), cukai barang dan perkhidmatan (GST) atau sistem hibrid boleh menyukarkan peniaga merancang serta mengembangkan perniagaan.
Katanya, negara memerlukan sistem asas percukaian yang jelas dan telus serta boleh dikekalkan walaupun kerajaan bertukar, manakala perubahan kadar atau skop cukai boleh dibuat dalam kerangka sistem berkenaan.







