Manchester: Pengurus Manchester City, Enzo Maresca, percaya Phil Foden akhirnya menemui jalan untuk bangkit daripada kemerosotan prestasi apabila pemain tengah England itu meledak hatrik ketika membantu pasukannya membelasah AEK Athens 5-1 dalam aksi Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Selepas bergelut dengan prestasi tidak menentu sejak dua musim lalu, Foden mempamerkan aksi meyakinkan di Stadium Etihad yang memberi petanda dia mampu kembali ke tahap terbaik.

Pemain berusia 26 tahun itu melalui tempoh sukar sehingga mengakui berdepan masalah kesihatan mental, selain kehilangan tempat dalam perancangan bekas pengurus City, Pep Guardiola.

Dia juga gagal menjaringkan gol selama 10 bulan sebelum menemui sasaran ketika menewaskan Ipswich dalam aksi Liga Perdana Inggeris, Sabtu lalu.