SKMM meminta Meta menambah baik proses rayuan dan pemulihan akaun supaya pengguna WhatsApp menerima pengesahan, status semakan serta maklumat tindakan dengan lebih jelas dan pantas.

PETALING JAYA: Meta mengakui kesilapan teknikal pada sistemnya menyebabkan aktiviti pengguna WhatsApp yang sah disalah anggap sebagai pelanggaran peraturan sehingga akaun mereka digantung.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata kesilapan itu dikenal pasti dalam lebih separuh kes bagi kumpulan pertama yang dikemukakannya kepada Meta untuk semakan.

"Meta mengakui berlaku kesilapan teknikal pada sistemnya sehingga aktiviti pengguna yang sah disalah anggap sebagai pelanggaran peraturan,” katanya dalam kenyataan.