Arau: "Sepatutnya tanggungjawab saya sebagai ketua keluarga mencari nafkah dan menjaga isteri serta anak tetapi saya tidak berdaya selepas disahkan menghidap dua kanser," kata Sazafi Affian Abd Aziz.
Sazafi, 48, menghidap kanser darah jenis Polycythemia Vera, penyakit jarang berlaku yang menyebabkan sumsum tulang menghasilkan terlalu banyak sel darah merah sejak 2019.
Tahun ini, dia turut disahkan menghidap kanser esofagus sehingga sukar menelan makanan dan kini bergantung pada susu formula khas melalui tiub.
Bekas ejen agensi pelancongan yang mengendalikan pakej umrah itu pernah kehilangan isteri akibat leukemia pada 2012.








