JAKARTA: Harimau Malaya terpaksa berdepan Vietnam tanpa dua tonggak utama, Dion Cools dan Faisal Halim pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat Piala ASEAN FIFA 2026 di Stadium Gelora Bung Karno (GBK), di sini, Isnin ini.\
Faisal terlebih dahulu meninggalkan kem negara selepas aksi menentang Singapura di Bandung, Khamis lalu untuk pulang ke tanah air bagi mendapatkan rawatan lanjut susulan kecederaan betis dan tendon yang dialaminya ketika berdepan Indonesia, Isnin lalu.
Ketua jurulatih interim, Cheng Hoe berkata, Cools pula tidak akan bersama pasukan untuk aksi terakhir kejohanan itu selepas terpaksa meninggalkan kem sejurus tamat perlawanan menentang Singapura bagi menyelesaikan urusan keluarga yang perlu diberi perhatian segera.








/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/11/aa16b69409642838a87d5ec88eb05d82.jpg)
