SEREMBAN: Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) melaksanakan inisiatif rintis Zon Sekolah Selamat di sembilan negeri di seluruh negara bagi mengurangkan risiko kemalangan, tahun ini.

Ia termasuk reka bentuk jalan menyokong kelajuan 30 kilometer (km) sejam dalam lingkungan 500 meter, iaitu 250 meter sebelum memasuki kawasan sekolah dan 250 meter selepas kawasan sekolah.

Menteri Pengangkutan yang juga Pengerusi MKJR Kebangsaan, Anthony Loke, berkata ini kerajaan bimbang statistik menunjukkan secara purata hampir 70 kemalangan berlaku di kawasan sekolah setiap tahun.

"Antara faktor mengapa kemalangan berlaku di hadapan sekolah ialah kelajuan kenderaan agak tinggi, sekali gus mendedahkan pelajar kepada bahaya.