Ketua Polis Selangor Shazeli Kahar, berkata 46 bungkusan plastik mengandungi heroin 20.6kg ditemukan dalam stor kuil berkenaan.PETALING JAYA: Heroin seberat 20.6kg antara dadah dirampas di sebuah kuil tidak berdaftar di Klang dalam operasi berlangsung seminggu bermula 13 Okt lalu.
Menurut Kosmo, serbuan termasuk rampasan berjaya menumpaskan empat sindiket pengedaran dadah.
Ketua Polis Selangor Shazeli Kahar, berkata sebanyak 46 bungkusan plastik mengandungi heroin 20.6kg ditemukan dalam stor kuil tersebut.
Katranya, semakan mendapati tapak tanah itu merupakan milik kerajaan yang diperuntukkan bagi tujuan pembentungan.







