KUALA LUMPUR: Dalam meniti bahagia yang kembali mekar dalam hidupnya, pelakon terkenal, Nur Fazura menyerahkan soal jodoh dengan sahabat lamanya, Que Haidar, kepada ketentuan Allah SWT, tanpa mahu mendahului aturan takdir.
Fazura, 43, berkata hubungan persahabatan yang terjalin lebih 20 tahun itu semakin akrab, namun mereka masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing dan tidak mahu mendahului takdir dalam soal pasangan hidup.
Katanya, beliau menghargai doa orang ramai yang berharap dirinya kembali mengecap kebahagiaan, tetapi memilih menyerahkan segala kemungkinan kepada aturan Ilahi.
"Untuk soal jodoh, kami tidak berani nak sebut. Sejam dua jam pun kita tidak tahu apa akan berlaku, apatah lagi bulan depan atau dua bulan lagi.








