MELAKA: Permohonan geran perniagaan di bawah program Uyarvu MADANI kendalian Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) sudah melebihi 8,000, melepasi sasaran awal dengan hanya 700 penerima.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan, berkata sambutan amat menggalakkan itu mencerminkan permintaan tinggi dalam kalangan usahawan India, terutama daripada kumpulan berpendapatan B40 dan M40.

Beliau berkata, sebanyak RM25 juta diperuntukkan bagi program berkenaan yang menyediakan geran antara RM20,000 hingga RM50,000 untuk membantu usahawan yang layak memperkembangkan perniagaan mereka.

"Jumlah permohonan meningkat selepas kami melanjutkan tempoh permohonan, memandangkan tempoh asal yang diberikan agak singkat.