Austin: Pasukan Formula Satu (F1), Alpine mengeluarkan kenyataan menyatakan sokongan terhadap pelumbanya, Franco Colapinto selepas personaliti televisyen, Jeremy Clarkson berseloroh bahawa dia akan memberikan penalti grid kepada pelumba itu hanya kerana berasal dari Argentina.

Clarkson, yang terkenal sebagai pengacara program automotif Britain, Top Gear dan The Grand Tour di Amazon, selain rancangan pertanian, Clarkson's Farm, membuat komen berkenaan dalam temu bual bersama stesen televisyen Sky Sports menjelang Grand Prix (GP) Amerika Syarikat (AS).

Colapinto dikenakan penalti turun 10 petak grid untuk perlumbaan di Circuit of the Americas susulan pertukaran komponen unit kuasa.

"Franco dikenakan penalti grid kerana dia warga Argentina. Kalau begitu, saya akan beri dia satu penalti kerana perkara itu.