Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membatalkan saman pemula difailkan Toh Puan Na'imah Abdul Khalid dan dua anak lelaki serta dua peguam mereka terhadap kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung siasatan polis mengenai dakwaan penglibatan mereka dalam cubaan menjatuhkan kerajaan.
Hakim Indra Nehru Savandiah membuat keputusan itu setelah mendapati tiada bukti kukuh untuk menyokong dakwaan wujudnya niat jahat (mala fide) dalam siasatan polis terhadap kelima-lima plaintif.
"Dakwaan bahawa siasatan polis mungkin dipengaruhi oleh kenyataan awam yang didakwa dibuat oleh defendan pertama (Anwar) hanyalah satu andaian atau tanggapan semata-mata yang tidak disokong oleh sebarang fakta yang boleh membuktikan wujudnya niat jahat dalam siasatan itu.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FMPfromParlitoday-AhmadYunusHairi1_648809.png&w=480&output=webp&q=85&we)

