Kerajaan larang penjawat awam menggunakan Waze ketika menjalankan urusan rasmi susulan keputusan Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara. (Gambar fail)PETALING JAYA: Seorang pengguna TikTok menunjukkan 'ancaman keselamatan' daripada penggunaan Waze di mana aplikasi itu berkemampuan memeta pergerakan individu bertugas di lokasi strategik negara.

Pengguna, Abang Blur, dalam akaunnya menunjukkan bagaimana aplikasi tersebut memeta masa nyata pergerakan pengguna mengambil contoh di Istana Kehakiman, Putrajaya.

"Kalau ada sebarang 'operasi', benda ini semua akan dilihat, dibuat analisa atau jalan tersembunyi.

"Kalau kau berfikir jauh sikit, maklumat-maklumat ini sangat berguna untuk kau buat risikan-risikan dan serangan," katanya dalam kandungan videonya.