Ahli Parlimen Langkawi Suhaimi Abdullah cadang Putrajaya beri autonomi kepada pulau itu untuk menguruskan cukainya dan menggunakan hasil tersebut bagi pembangunan tempatan.PETALING JAYA: Cadangan seorang Ahli Parlimen mahu Langkawi diberikan autonomi fiskal menguruskan cukai sendiri akan mencetuskan tuntutan serupa daripada kawasan dan negeri lain, kata seorang ahli ekonomi.

Carmelo Ferlito.Ketua Pegawai Eksekutif Center for Market Education, Carmelo Ferlito, berkata beliau menyokong secara prinsip desentralisasi fiskal kerana ia meningkatkan kebertanggungjawaban dan mendekatkan proses pembuat keputusan kepada rakyat.

Namun, katanya kepada FMT, perkara tersebut tidak boleh dilaksanakan secara ad hoc bagi satu-satu kawasan tertentu sahaja.