Kuala Lumpur: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menyifatkan penurunan kadar cukai untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) memberi ruang usahawan memiliki lebihan aliran tunai.
Presidennya, Norsyahrin Hamidon berkata, aliran tunai yang lebih baik membolehkan usahawan melabur semula dalam teknologi.
"Pelaburan dalam teknologi dapat meningkatkan produktiviti perniagaan yang seterusnya memberi manfaat lebih baik kepada keseluruhan operasi syarikat dimiliki PMKS," katanya dalam kenyataan.
Dalam Belanjawan 2027, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan kerajaan bersetuju menurunkan kadar cukai pendapatan PMKS sebanyak satu mata peratusan.









