Barcelona: Kylian Mbappe menyifatkan pencapaian menjaringkan 100 gol bersama Real Madrid dalam semua pertandingan sebagai "sekadar perkara kecil" berbanding kemenangan 2-1 ke atas Barcelona dalam aksi El Clasico LaLiga.

Penyerang Perancis itu meledak dua gol untuk mencapai jumlah 100 jaringan bersama Los Blancos sejak menyertai kelab itu pada tahun 2024.

Dua gol Mbappe, yang hadir sebelum dan selepas jaringan Raphinha buat tuan rumah di Camp Nou, membantu Real Madrid di tangga ketiga merapatkan jurang kepada tiga mata dengan pendahulu LaLiga yang juga juara bertahan Sepanyol itu.

"Saya sangat gembira. Saya rasa semua orang tahu saya suka menjaringkan gol dan membantu pasukan menerusi jaringan, tetapi bagi saya, hari ini pencapaian itu sekadar perkara kecil kerana perkara paling penting ialah kemenangan pasukan.