Madzli Harun berkata pengisytiharan pencampuran minyak sawit di pelabuhan negara perlu diistiharkan secara tepat menerusi bil muatan. (Gambar Envato Elements)PETALING JAYA: Pengisytiharan negara asal minyak sawit yang dicampur di Malaysia perlu dibuat dengan tepat bagi mengelakkan integriti dan reputasi produk negara terjejas di pasaran antarabangsa, kata ahli akademik.

Madzli Harun.Madzli Harun dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berkata pencampuran minyak sawit di pelabuhan negara dibenarkan tetapi tidak secara automatik menjadikan produk akhir berasal dari Malaysia.

Menurut pensyarah kanan pengajian maritim itu, negara asal produk ditentukan berdasarkan peraturan asal usul barang (RoO), termasuk proses pemprosesan, kandungan bahan mentah dan kriteria perdagangan berkaitan.