Timbalan perdana menteri berkata perbelanjaan sebenar RM6.108 bilion bagi program jalan luar bandar masih di bawah peruntukan dipinda RM6.143 bilion.
Key takeaways
Zahid Hamidi menafikan dakwaan bahawa Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) membelanjakan lebih RM2.1 bilion, dengan menyatakan perbelanjaan sebenar masih di bawah peruntukan dipinda. Beliau menjelaskan bahawa angka tersebut hanya timbul apabila dibandingkan dengan peruntukan asal tanpa mengambil kira pindaan.
- Perbelanjaan sebenar KKDW berjumlah RM6.108 bilion, berbanding peruntukan dipinda sebanyak RM6.143 bilion.
- Angka lebihan RM2.1 bilion muncul akibat perbandingan dengan peruntukan asal RM3.982 bilion tanpa pindaan.
- Johan Mahmood Merican menyatakan kelewatan bayaran kontraktor berlaku kerana peruntukan asal projek jalan luar bandar telah digunakan sepenuhnya.
Summarised automatically by AI from the original article by Free Malaysia Today. AI can make mistakes, so check the original for details.
Zahid Hamidi berkata berkata dakwaan seperti ketirisan dan penggunaan istilah 'sakau' berhubung projek jalan luar bandar boleh menjejaskan nama baik KKDW dan integriti penjawat awam.KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi menegaskan perbelanjaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi program jalan luar bandar (JALB) dari 2023 hingga 2025 masih di bawah jumlah peruntukan selepas pindaan, bukan terlebih RM2.1 bilion seperti didakwa.
Menteri kemajuan desa dan wilayah itu berkata perbelanjaan sebenar bagi tempoh lima berkenaan berjumlah RM6.108 bilion, berbanding peruntukan dipinda sebanyak RM6.143 bilion.
“Apabila dibandingkan dengan peruntukan selepas pindaan, perbelanjaan sebenar masih di bawah jumlah yang tersedia, dengan baki kira-kira RM34.3 juta,” katanya menggulung perbahasan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat.