Khaled Nordin berkata transaksi itu membabitkan pembelian hak pajakan oleh kerajaan Amerika Syarikat bagi membina kedutaan baharu negara itu, bukannya pemindahan hak milik tanah berkenaan. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Penjualan tanah milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di Ampang Hilir kepada kerajaan Amerika Syarikat (AS) bernilai RM420 juta bukan dibuat sewenang-wenangnya, sebaliknya melalui proses tender dan pertimbangan sewajarnya, kata Menteri Pertahanan Khaled Nordin.

Beliau berkata transaksi berkenaan dilaksanakan selaras dengan dasar, prosedur dan tadbir urus LTAT serta peruntukan undang-undang berkaitan.

“Status tanah milik LTAT di Ampang Hilir yang dijual kepada kerajaan AS untuk membina kedutaan baharu.