KUALA LUMPUR: Cadangan penjualan pegangan majoriti dalam Boustead Plantations Bhd (BPlant) menimbulkan persoalan sama ada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mampu memilih pembeli yang dapat memperkukuh kedudukan kewangannya sambil melindungi kepentingan jangka panjang pencarum.

SD Guthrie Bhd, Tradewinds Plantation Bhd dan Achi Jaya Plantations Sdn Bhd dilaporkan antara pihak yang berminat mengambil alih syarikat perladangan itu.

Cadangan setiap pembida memerlukan LTAT menilai bukan sahaja hasil jualan, malah kekuatan kewangan, pengalaman operasi dan komitmen untuk membangunkan ladang.

Difahamkan, perbezaan antara tawaran yang bersaing berada dalam lingkungan kira-kira RM300 juta hingga RM800 juta, bergantung pada cadangan yang dibandingkan dan syarat masing-masing.