LONDON: Pengasas bersama Microsoft, Bill Gates memberi amaran bahawa kepesatan pembangunan kecerdasan buatan (AI) dan teknologi robotik bakal ‘meragut’ jutaan pekerjaan di seluruh dunia, termasuk dalam sektor buruh kasar.

Bilionair itu menegaskan bahawa kedua-dua sektor, ia­itu pekerjaan pejabat dan tenaga kerja fizikal kini berdepan ancaman digantikan oleh teknologi pintar tersebut.

Gates menyalahkan struktur insentif syarikat perniagaan yang sentiasa memburu keuntungan berlipat ganda sebagai pemacu utama trend ini.

“Pendekatan mereka kini sangat mudah, ambil robot bekerja, pecat manusia dan jangan pandang ke belakang,” kata Gates.