ISTANBUL: Bill Gates memberi amaran bahawa kecerdasan buatan (AI) boleh mencetuskan pergolakan ekonomi dan sosial selama dua dekad, menjejaskan pekerjaan dan kehidupan walaupun teknologi itu berjaya diuruskan, lapor Anadolu Ajansi, memetik audio siar Dekoder.
Dalam temu bual dengan Dekoder yang disiarkan pada Khamis lalu, pengasas bersama Microsoft itu berkata peralihan kepada ekonomi dipacu AI akan mewujudkan pihak yang mengaut keuntungan (winners) dan pihak yang rugi (losers) sekali gus berpotensi membentuk semula pekerjaan dan menimbulkan persoalan tentang peranan orang ramai dalam masyarakat.
"Kebimbangan besar saya ialah tempoh peralihan selama 20 tahun ini, di mana mereka akan mempunyai 'winners dan losers' dan banyak yang terjejas," kata Gates, 70, sambil menambah bahawa masyarakat perlu mengharungi keadaan huru-hara sebelum berpotensi memasuki era kelimpahan.








